Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
hari raya

10 Perkara Boleh Dibuat Dalam Perjalanan Berhari Raya

Masih berhari raya? Yalah, raya kan sebulan. Jika ada pelan untuk berjalan jauh hujung minggu ini, cuba tip ini untuk hilangkan bosan sewaktu dalam perjalanan nanti.

hari raya

 

1. Kilatkan kuku. Bila tersangkut dalam kesesakan lalu lintas, capai pengilat kuku dan losen. Bila berkunjung ke rumah saudara-mara, nak bersalaman pun tak segan sebab tangan dah cantik dan lembut.

2. Bagi kamu yang belum sempat buat persiapan raya sepenuhnya, apa kata guna peluang ini untuk siapkannya. Kalau kamu tak memandu, isi masa terluang dengan mengisi duit raya ke dalam sampul. Nanti taklah kelam-kabut bila anak-anak saudara datang mengelilingimu.

3. Berbincang dan buat senarai rumah untuk dikunjungi. Rancang perjalanan sebaik mungkin untuk elakkan kesesakan lalu lintas dan pembaziran.

4. Isi masa yang ada dengan menjawab kuiz yang ada di majalah Cosmo. Selak halaman 134 dan selamat mencuba!

5. Penat dan lenguh berhadapan dengan kesesakan lalu lintas? Cosmo cadangkan kamu berhenti rehat di kawasan Rehat dan Rawat (R&R). Buat regangan atau senaman ringan untuk hilangkan lenguh-lenguh kamu itu.

6. Selain itu, kamu boleh beli buah-buahan dan makanan ringan seperti kerepek atau kuih raya yang selalunya dijual di R&R. Ia sesuai dijadikan buah tangan ketika pulang ke kampung. Juga boleh dijadikan snek dalam perjalanan kamu nanti.

7. Nikmati pemandangan sepanjang perjalanan. Jika kamu sedang memandu, jangan terlalu asyik, nanti tak sampai ke kampung halaman dengan selamat pula.

8. Berbual tentang kenangan masa kanak-kanak di hari raya. Pastinya menggamit kenanga, lebih-lebih lagi jika ia memori yang manis.

9. Bermain teka-teki boleh menghilangkan bosan. Ini buat kamu yang pulang ke kampung bersama adik-beradik lain.

10. Ambil mood raya dengan mendengarkan lagu-lagu raya. Walaupun perjalanan jauh dan agak letih kerana lalu lintas kurang lancar, pasti kamu masih berkobar-kobar untuk pulang ke kampung selepas mendengarkan lagu-lagu raya.

 

Foto: Shutterstock.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor