10 Peraturan Kena Tahu Sebelum Muat Naik Gambar Di Instagram

10 Peraturan Kena Tahu Sebelum Muat Naik Gambar Di Instagram

Jangan pakai ‘belasah’ saja okey, ada peraturan yang perlu kamu ikuti sebelum berkongsi gambar untuk tatapan followers di Instagram.

1. Hadkan dari memuatnaik terlalu banyak gambar selfie kamu. Berangan seperti kamu adik-beradik Kardashian is not cool.

2. Gambar secawan kopi? Semua orang pun tahu bagaimana rupanya. Lainlah kalau si barista buat seni cute atau unik di kopi kamu.

3. Memuat naik 14 gambar di tempat sama dengan aksi lebih kurang sama buatkan followers cepat bosan. Mungkin akan ramai juga yang unfollow kamu selepas itu. Tip: Guna thumbnail tool untuk buat gambar nampak lebih menarik.

4. Mungkin kamu rasa hebat meletak lebih daripada tiga hashtag pada satu gambar. Tahukah kamu ia juga boleh buat followers annoying dengan hashtag yang panjang berjela?

5. Elak guna pelbagai filter dalam satu-satu gambar. Ia buatkan gambar kamu kelihatan tidak asli dan seperti diambil dari akaun orang lain atau internet.

6. Bezakan penggunaan akaun Facebook dan Instagram. Muat naik gambar terbaru saja di Instagram. Jika ada gambar lama yang kamu mahu kongsi bersama teman-teman, upload saja di Facebook.

7. Gambar haiwan peliharaan seperti kucing memang adorable. Muat naik sehari sekeping pun sudah memadai, tak perlu sampai lima untuk buktikan yang kamu pencinta kucing.

8. Jangan muat naik gambar makanan setiap kali kamu makan. Bukan saja boleh buat orang lain teringin, malah ada kajian menyatakan hanya orang gila saja yang sering muat naik gambar makanan. Betul atau tidak, kamu sendiri tafsirkan.

9. Disebakan mahu like yang banyak pada gambar yang dimuat naik, jadi kamu like gambar sendiri. Tak ke kelakar?

10. Selalulah kongsi dengan followers pemandangan indah yang kamu lihat. Paling penting, pilih sudut menarik sebelum snap okey.

 

Foto: Shutterstock.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor