Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
10 Peraturan Diet It Girl

10 Peraturan Diet It Girl

Nope! Unicorn dan glitter tak termasuk dalam diet seorang it girl!

Foto: Shutterstock.com

 

Peraturan #1: Diet kamu umpama akaun bank.

Kamu boleh makan apa saja yang kamu mahu tapi perlulah sentiasa seimbangkan diet. Sebagai contoh:

1) Jangan makan terlalu banyak hidangan yang sama.

2) Jangan makan makanan sama dua kali pada hari yang sama.

3) Seimbangkan kanji dengan protein.

4) Seimbangkan sayuran dan buah-buahan dengan gula dan lemak.

Sebagai contoh, jika kamu makan makanan berkanji untuk sarapan pagi, kamu seharusnya makan protein dan sayuran untuk makan tengah hari. Jika kamu terlebih makan dalam masa sehari, kamu sepatutnya kurangkan keesokkan hari.

 

Peraturan #2: Kamu boleh makan semuanya, tapi bukan dalam masa yang sama.

Peraturan ini bermakna kamu perlu tahu bahawa kamu boleh makan apa saja tapi berpada-pada dan bukan pada masa yang sama. Sebagai contoh, jika kamu berada di parti moktel dan terdapat beberapa pilihan finger food, jangan makan semuanya tapi makan satu hingga tiga hidangan yang kamu benar-benar mahu.

 

Peraturan #3: Taste everything, eat nothing.

Peraturan ini tidak bermaksud kamu perlu buang makanan apabila kamu sudah rasa. Ia alternatif kepada peraturan #2. Daripada memilih dua hingga tiga makanan yang kamu suka, pilih semuanya tapi makan dengan saiz hidangan kecil. Tapi kamu boleh makan makanan bertekstur ringan dengan banyak seperti salad dan grilled veggies.

Besaiz kecil bermaksud beberapa gigitan bergantung kepada berapa banyak hidangan yang kamu makan. Kaedah ini seharusnya untuk memuaskan kamu secara mental dengan membenarkan kamu rasa semua hidangan yang kamu mahu.

 

Peraturan #4: Beri perhatian.

Peraturan ini bermakna beri perhatian kepada eating experience dan berhenti makan mindlessly. Antara tip yang boleh kamu praktikkan adalah jangan lakukan perkara lain ketika makan (lihat telefon bimbit atau membaca), rasa makanan kamu dan bersikap seperti seorang Italian – hormat makanan kamu dengan berikan perhatian penuh. Capire?

 

Peraturan #5: Downsize!

Ini bermakna kamu perlu makan hidangan kecil. Diberi hidangan besar seperti di restoran menjadikan peraturan ini amat penting untuk kamu praktikkan ketika keluar makan. Langkah pertama yang boleh kamu cuba adalah apabila makanan sampai, bahagikan makanan tersebut kepada dua dan makan separuh hidangan saja. Walaupun kamu rasa tidak betul-betul kenyang, sulamkan dengan air dan biar perut rehat sebentar. Akhirnya kamu akan berasa kenyang dan tidak terlebih makan.

 

Peraturan #6: Katakan tidak kepada pinggan licin!

Peraturan ini boleh digunakan ketika kamu keluar makan. Do not finish an entire plate! Sama ada kamu kongsi, bungkus bawa balik atau tinggalkannya saja.

 

Peraturan #7: Periksa diri kamu sebelum kamu hancurkan diri sendiri.

Peraturan ini untuk mereka yang suka diet ekstrem. Sebelum biarkan diri kamu kelaparan, periksa diri kamu dan berhenti lakukannya. Diet tidak bermaksud tidak makan atau kelaparan.

 

Peraturan #8: Kenali dirimu.

Keperluan makanan semua orang berbeza-beza dan kamu perlu laraskan diet mengikut keperluan sendiri. Kamu perlu tahu kekerapan makan, masa makan, pilihan makanan dan reaksi kamu terhadap beberapa makanan (jika tidak suka avokado, jangan paksa diri telan!) dan cari punca yang menyebabkan kamu sering terlebih makan.

 

Rule #9: Get real.

Ini bermakna kamu perlu makan real food dan elak makan berproses sebanyak boleh. Apabila kamu makan makanan berproses, kamu perlu pilih yang lebih ‘sihat’ seperti snek mengandungi protein atau yang diperbuat daripada bijirin penuh.

 

Peraturan #10: Lakukan apa yang terbaik untuk dirimu.

Kamu sepatutnya lakukan apa yang terbaik untuk diri kamu termasuk dapatkan berat badan ideal, lakukan senaman yang kamu suka, tidur mencukupi dan ambil berat tentang diri sendiri. Peraturan ini adalah asas kepada kesemua peraturan lain dan tanpa peraturan ini, peraturan lain tidak bermakna.

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor