Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

10 Momen Panas Dan Terbaik Yang Diperkatakan Di AJL 32

Bezanya apabila kamu menonton Anugerah Juara Lagu di rumah dan di arena ialah pemandangan 360 darjahnya. Penonton yang hadir lebih merasai kehangatan AJL apatah lagi setiap sudut tidak boleh dirakam oleh lensa kamera untuk tatapan di televisyen.

Boleh dikatakan stadium Arena Axiata, Bukit Jalil, sesak dengan lautan peminat hiburan muzik tempatan. Anugerah Juara Lagu juga bukan saja menjadi tempat pemuzik dan penghibur tempatan berkumpul, ia juga adalah platform untuk menyaksikan kualiti muzik tempatan setiap tahun. Cosmo senaraikan momen panas, terbaik dan paling dinantikan sepanjang acara AJL 32 berlangsung malam semalam.

3 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

Finalis kali ini didominasi oleh penyanyi BBNU (Budak Baru Nak Up) yang menyaksikan keseluruhan persembahan terlalu amatur. Hanya Dayang dan Hazama sahaja yang dikategorikan sebagai finalis senior. Persembahan Ara dengan kain rentang dan ilusi bayang-bayang terlalu lapuk untuk pentas AJL. Begitu juga Haqiem Rusli dan Wany Hasrita yang menampilkan drama pentas dan koir kanak-kanak OKU. Ada yang menyifatkan kebanyakan persembahan seperti pementasan Talent Time zaman sekolah.

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness