Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Foods to Avoid on an Empty Stomach

10 Makanan Yang Perlu Dielak Ketika Perut Kosong!

Kamu mungkin terfikir yang yogurt ataupun roti adalah snek terbaik untuk mengalas perut. Salah! Ada juga buah-buahan yang kamu perlu elak makan ketika perut kosong. Cosmo senaraikan makanan yang tidak patut kamu ambil terutamanya sebagai makanan pertama ketika perut kosong. 

Foods to Avoid on an Empty Stomach

1. Pastri dan roti
Makanan yang mengandungi yis seperti roti dan pai menganggu perut kamu dan menghasilkan gas sehingga membuatkan kamu bloated. Kamu mungkin akan kentut sepanjang hari kerana perut tindak balas yis terhadap sistem perut.

 

2. Makanan atau minuman manis
Gula meningkatkan kadar insulin tubuh dimana akan menyebabkan pankreas kamu bekerja lebih kuat di waktu pagi. Sedangkan ketika itu organ tubuh kamu baru mula untuk berfungsi selepas bangun tidur. Jadi lebih baik amalkan minum segelas air kosong sebaik sahaja bangun tidur.

 

3. Yogurt dan produk tenusu
Ia tidak membahayakan tetapi mengambil produk tenusu ketika perut kosong boleh menyebabkan gastrik. Asid hydrochloric akan terbentuk selepas gas perut bertindak balas dengan produk tenusu.

 

4. Buah pir
Serat ‘kasar’ dijumpai terkandung dalam buah pir dan ia boleh mencederakan dinding perut. Makan buah pir ketika waktu tengahari, selepas kamu makan makanan lain.

 

5. Tomato
Tomato mengandungi asid tannic yang tinggi yang akan meningkatkan lagi kadar asid dalam perut. Kamu boleh terkena gastrik ataupun ulser perut.

 

6. Timun
Timun mentah dan sayuran hijau lain tinggi dengan asid amino. Bagaimanapun ia boleh mengakibatkan kesakitan abdomen, gas berlebihan dan heartburn jika kamu makan ketika perut kosong.

 

7. Pisang
Pisang kaya dengan magnesium. Jika kamu makan pisang ketika perut kosong, jumlah magnesium akan meningkat dalam darah seterusnya boleh menganggu jantung.

 

8. Rempah dan makanan pedas
Makanan pedas dan berempah boleh menyebabkan peningkatan asid dalam perut dan kamu akan mengalami masalah pencernaan dan penghadaman.

 

9. Air berkarbonat
Mengandungi jumlah gula yang tinggi, air berkarbonat melambatkan proses pengaliran darah dan sistem pencernaan kamu akan menjadi perlahan.

 

10. Buahan sitrus
Buahan seperti oren dan lemon tinggi dengan asid buahan. Jangan makan ketika perut kosong kerana masalah gastrik akan menyerang begitu juga ulser perut.

Foto: 123rf.com

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness