10 Lokasi Memukau Mesti Kunjungi Sekali Seumur Hidup - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

10 Lokasi Memukau Mesti Kunjungi Sekali Seumur Hidup

Masukkan senarai lokasi memukau ini dalam travel wish-list kamu (dan jangan lupa bawa Cosmo sekali ya, wink!).

 

 

1. Hitachi Seaside Park, Jepun
Jatuh cinta dengan bunga, bunga, dan bunga yang berkembang sepanjang tahun di taman seluas 190 hektar ini.

48224743_m

 

 

2. Bagan, Myanmar
Jom cuba naik belon udara panas, melihat keindahan landskap kawasan ini yang cukup mengasyikkan.

31561964_m

 

 

3. Angkor Wat, Kemboja
Kompleks istana dan kuil lama yang masih utuh kena masuk dalam senarai mesti dikunjungi. Kalau kamu berpakaian rona terang, gambar kenangan pasti nampak ‘wow’.

14161493_m

 

 

4. Iguazu Falls, Argentina/Brazil
Terletak di sempadan dua negara ini, keindahan 275 titik air terjunnya pasti buat kamu tak nak balik.

43941212_m

 

 

5. Machu Picchu, Peru
Kamu pasti terpukau melihat struktur lama sejak 1450, masih dijaga baik. Jangan lupa bergambar dengan llama, tetapi jangan sesekali menakutkannya ya.

21253263_m

 

 

6. Meteora, Greece
Terdapat biara Orthodox Greece yang dibina di atas kemuncak batu dan ia tersenarai sebagai Warisan Dunia Unesco.

31273427_m

 

 

7. Salar de Uyuni, Bolovia
Dikenali sebagai cermin terbesar di dunia, dataran garam datar seluas hampir 11 ribu kilometer persegi ini sememangnya amat unik dan mengagumkan.

47954769_m

 

 

8. Santorini, Greece
Bangunan putih berbumbung biru dengan latar belakang laut biru terang. Sememangnya percutian paling romantis untuk kamu dan si dia.

14378547_m

 

 

9. Zhangye Danxia di Gansu, China
Nampak seperti lapisan kek warna-warni di kawasan pembentukan batu ini. Cantik!

21907372_m

 

 

10. Gua Glasier Vatnajokull, Iceland
Seakan kristal, kamu akan dapat saksikan keindahan gua berdindingkan ais yang cukup memukau mata ini.

47922260_m

 

 

Foto: 123rf.com

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor