Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

10 Langkah Tingkatkan Mood Selepas Bercuti Panjang

Bercuti memang seronok, tapi 'kesannya' selepas itu? Kamu masih di awang-awangan dan rasa lemau nak teruskan dengan rutin seharian. Jangan gusar, cuba tip ini.

Foto: Shutterstock.com

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

6. Apa kata susun gambar percutian kamu dalam satu slide diiringi lagu rancak agar kamu dan teman-teman terhibur melihatnya.

7. Jauhkan dari sikap berlengah-lengah walaupun deadline kerja kamu ada beberapa hari lagi selepas bercuti. Kamu akan rasa lebih tenang selepas pulang dari bercuti bila tiada kerja yang perlu disiapkan dalam jangka masa pendek.

8. Untuk kurangkan jet lag, kajian menyarankan agar kamu lakukan aktiviti luar sebanyak boleh. Tak perlu pergi jauh, berjalan di taman berdekatan untuk satu jam pun sudah mencukupi.

9. Susun kembali jadual pemakanan kamu sebaiknya kerana mungkin kamu banyak mengambil makanan yang kurang berkhasiat ketika bercuti. Jangan lupa tambah buah-buahan seperti epal dalam sarapan kamu.

10. Buat rancangan percutian yang baru dan cari tempat yang sesuai mengikut kemampuan. Merancang sesi kembara akan datang mampu buat kamu rasa bersemangat dan menceriakan mood yang muram.

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor