Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

10 Langkah Tingkatkan Mood Selepas Bercuti Panjang

Bercuti memang seronok, tapi ‘kesannya’ selepas itu? Kamu masih di awang-awangan dan rasa lemau nak teruskan dengan rutin seharian. Jangan gusar, cuba tip ini.

Foto: Shutterstock.com

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

1. Segera buka beg pakaian dan masukkan pakaian kotor di dalam mesin basuh secepat mungkin. Tak perlu tunda kerana mudah untuk kamu uruskan perkara lain selepas itu.

2. Ambil cuti sehari untuk hilangkan penat dan tidur secukupnya. Pasti kamu tak mahu tunjuk wajah penat dan monyok kepada si dia.

3. Pilih pakaian kerja sebelum tidur agar kamu lebih bersedia keesokan hari. Lebih baik lagi jika pakaian kamu itu tak perlu digosok.

4. Tonton filem komedi romantik seperti Bridget Jones’s Diary atau The Proposal kerana jalan ceritanya boleh bantu memulihkan mood post-holiday.

5. Segera bangun selepas bunyi alarm pertama. Jika asyik tekan snooze, lebih sukar untuk kamu bangun dari tempat tidur.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor