10 Keperluan 'Wajib Ada' Untuk Bercuti - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

10 Keperluan ‘Wajib Ada’ Untuk Bercuti

Tak lengkaplah sesi pengembaraan kamu jika tak bawa semua yang Cosmo senaraikan ini ketika bercuti.

22483711_m

 

1. Beg Praktikal
Perkara paling utama bila nak pergi bercuti: Dapatkan bagasi berkualiti, ringan, bersaiz sederhana dan tahan lasak. Untuk mudahkan kamu heret ke hulur ke hilir dalam lapangan terbang yang sibuk, Cosmo cadangkan kamu cari yang ada empat tayar.

 

2. Pakaian Asas
Pilih tema warna supaya mudah untuk kamu suai padan, dan cari busana yang sesuaikan digayakan siang ke malam. Contohnya, leggings kulit yang boleh kamu gayakan bersama sneakers waktu siang dan bersama kasut tumit tinggi pada waktu malam. Nak lebih mudah, pilih dua warna asas saja dan kamu boleh tambah seri pada penampilan dengan gabungan aksesori.

 

3. Hiburan
Penting untuk bantu hilangkan bosan sewaktu dalam perjalanan. Kamu boleh bawa novel, buku Sodoku atau buku mewarna untuk dewasa yang tengah hot sekarang ini. Jika kamu bukan jenis ulat buku, muat turun lagu atau filem dalam telefon pintar untuk kamu layan bagi menghiburkan hati.

 

4. Toiletries
Bawa barangan peribadi yang penting saja: Berus dan ubat gigi, pembersih wajah, krim UV, pelembap dan sikat. Keperluan lain seperti sabun dan syampu biasanya ada disediakan di hotel. Jangan lupa juga bedak bayi untuk kamu samar rambut kotor dan segarkan kulit berpeluh. Bawa semua ini dalam saiz kembara untuk jimatkan ruang beg.

 

5. Tisu Basah
Ini benda penting yang perlu ada sentiasa dalam beg tangan. Kamu boleh gunakannya untuk bersihkan mekap, lap peluh, bersihkan kotoran yang melekat di kasut dan banyak lagi. Dan bayangkan jika kamu melancong ke negara yang tandasnya tidak ada air… Ya bayangkan, Cosmo sendiri pernah kena!

 

6. Aksesori Gajet
Charger, kabel USB dan power bank antara benda ‘wajib’ bila pergi bercuti. Boleh menangis kalau terlupa bawa. Jika bercuti ke luar negara, pastikan kamu bawa travel adapter kerana bukan semua negara mempunyai plug yang sama dengan di negara kita. Beli satu adapter berkualiti dan kamu boleh gunakannya sampai bila-bila. Tip menyimpan: ‘Campak’ semua aksesori ini dalam satu beg Ziplock supaya mudah nak cari bila perlu.

 

7. Sandal Selesa
Kalau sesi kembara memerlukan kamu menapak jauh ke sana sini, pastikan kamu sarungkan kasut selesa seperti sneakers. Bawa juga selipar untuk pakai di saat kakimu perlukan pengudaraan atau kala ke pantai. Tak perlulah bawa kasut tumit tinggi melainkan jika ada parti atau majlis yang kamu kena hadiri nanti.

 

8. Alat Solek Kalis Air
Memang lebih selesa kalau tak bersolek langsung, tapi takkanlah nak wajah nampak pucat lesi atau ‘kepam’ bila ambil selfie. Bawa yang penting saja seperti bedak kompak dan gincu yang boleh menaikkan seri wajah. Sebaiknya cari yang waterproof supaya solekanmu tahan sepanjang hari walaupun kamu berjemur sakan di bawah matahari. Tak perlulah nak touch up berkali-kali.

 

9. Kit Kecemasan
Ini memang perlu kamu bawa bila berjalan ke mana-mana. Tak payahlah bawa satu beg besar, cukuplah sekadar pil tahan sakit jika kamu sakit kepala, yellow lotion dan pembalut luka, serta minyak angin kalau-kalau kamu mabuk perjalanan. Simpan semua dalam pouch kecil dan sumbat dalam poket beg yang mudah dicapai.

 

10. Samsung Galaxy S7 Edge
Ya, memang spesifiknya Cosmo kata Galaxy S7 Edge, bukan telefon pintar biasa. Sebabnya? Setelah membawanya  beberapa hari ketika bercuti, ia ibarat ‘teman rapat’ Cosmo, langsung tak boleh dipisahkan. Cosmo suka rekaannya yang cukup gorgeous dengan skrin kaca dan badan metal – antara yang terbaik dalam pasaran. Dengan skrin selebar 5.5 inci (memang puas tengok!), berat hanya 157g dan kamera 12mp, ia menawarkan RAM 4gb dan internal memory 32gb. Ia cukup pantas kerana menggunakan Qualcomm Snapdragon 820 Processor bersama versi terkini Android 6.0 yang juga dikenali sebagai Marshmallow.

 

Samsung Galaxy Edge 7. Cantik, kan?

Samsung Galaxy S7 Edge. Cantik, kan?

 

Bila pergi melancong, paling penting kamera mesti best untuk kamu rakam foto berkualiti. Kamera telefon ini cukup gempak bagaikan kamu mengambil gambar dengan DSLR. Ada 10 mode antaranya Auto, Pro, Selective Focus, Panorama, Slow Motion dan Virtual Shot. Selepas ambil gambar, kamu boleh auto adjust, share terus atau edit dengan 21 filter yang tersedia (boleh muat turun lagi filter kalau rasa 21 tu tak cukup!). Video pula boleh kamu trim dan beri effect antaranya Greyscale, Blur, Invert dan Sepia. Satu perkara yang Cosmo sangat suka tentang kameranya adalah, tak kiralah dalam pencahayaan baik mahupun kurang baik, gambar yang dihasilkan tetap cantik dan berkualiti. Ia juga kalis air jadi kamu tak perlu takut untuk bawanya melepak di pantai atau berpiknik di air terjun. Ini antara foto yang diambil menggunakan Galaxy S7 Edge.

 

044

 

111

128

 

150

 

151

 

153

 

170

 

162

 

120Diedit dengan filter Light Flare.

 

 

Foto utama: 123rf.com/Oleh: Siti Syahidah Karim Bux

 

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor