Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
fakta kondom

10 Fakta Pelik Dan Menarik Tentang Kondom

Artikel ini khas untuk kamu yang berusia 21 tahun ke atas! Cosmo senaraikan fakta mengenai kondom yang kamu perlu tahu sebagai gadis yang sudah melepasi had umur. Ini adalah satu pendidikan juga ya!

fakta kondom

1. Jangka hayat kondom adalah lama dan boleh bertahan sehingga empat tahun jika bungkusan tidak dibuka dan disimpan di tempat kering dan sejuk.

 

2. Peratus untuk seseorang wanita itu tidak hamil selepas menggunakan kondom adalah 98% kecuali ia bocor ataupun cara penggunaan yang salah.

 

3. Sebanyak 99% kondom diperbuat daripada getah latex dan sesuai digunakan oleh semua orang walaupun jika seseorang itu alergik kepada getah latex.

 

4. Sekeping kondom boleh memuatkan air atau cecair sebanyak 3.5 liter.

 

5. Sekurang-kurangnya 5 billion keping kondom digunakan setiap tahun di seluruh dunia.

 

6. Kualiti setiap kondom akan diperiksa menggunakan alat elektrik demi memastikan tiada sebarang kebocoran.

 

7. Jualan kondom seluruh dunia menyaksikan peratusan pembelian didominasi oleh lelaki iaitu 60% dan wanita sebanyak 40%.

 

8. Saiz kondom yang dijual di seluruh dunia terlalu besar buat kebanyakan lelaki di negara India.

 

9. Sebanyak 60% lelaki mahu mengelak menggunakan kondom! Jadi pada tahun 2013, pengasas Microsoft, Bill Gates menawarkan wang tunai 100,000 dolar kepada sesiapa yang boleh mencipta kondom yang lebih berkualiti agar lelaki mahu membelinya.

 

10. Pada Kejohanan Olimpik di Sydney tahun 2000, ia disertai oleh lebih 6,500 atlet seluruh dunia. Pihak penganjur kemudian mengedarkan 70,000 keping kondom secara percuma dengan 10 keping setiap orang. Namun jumlah itu masih tidak cukup dan pihak penganjur menambah 20,000 keping lagi di saat akhir.

 

Foto: 123rf.com

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness