Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
bedroom

10 Fakta Menjijikkan Tentang Bilik Tidur Kamu

Rupa-rupanya, kamu berkongsi katil dengan kira-kira 1.5 juta hama setiap malam!

bedroom

Meremang tak jika Cosmo katakan tempat yang kamu luangkan masa hampir satu pertiga daripada kehidupanmu dipenuhi dengan bakteria, kuman dan hama? Yuck! Ada kalanya keadaan kotor memang sukar dielakkan, tapi tak bermakna kamu boleh bermalas-malasan membiarkan sekelilingmu tidak bersih. Ini antara kebenaran mengenai bilik tidurmu dan cara untuk singkirkannya dari kehidupanmu (walaupun hanya sementara).

 

1. Kamu tidur bersama 1.5 juta hama setiap malam.

Jika fakta ini buat bulu roma kamu naik, kami ada berita baik: Menurut Carolyn Forte, Pengarah Cleaning Lap di Good Housekeeping Institute, United Kingdom, menanggalkan segala cadar dan sarung bantal sejurus bangun pagi untuk menganginkannya membolehkan lembapan menyejat, jadi kamu boleh kurangkan jumlah hama di tempat tidur.

 

2. Karpet kamu mengandungi 4,000 kali lebih banyak bakteria berbanding bilik air.

Eek. Elak berfikir mengenainya apabila kamu letakkan kaki di atas karpet sekejap lagi ya. Untuk elakkan perkara ini, vakum karpet seminggu sekali agar jumlahnya tidak bertambah. “Jika tak vakum, kotoran degil akan masuk ke dalam dan habuk halus akan duduk di permukaan karpet,” kata Forte.

 

3. Telefon pintar juga lebih kotor berbanding bilik air kamu.

Ya, benda yang kamu letakkan di wajah, bawah bantal dan di meja sisi kamu setiap malam. Untuk membunuh kuman, Forte mencadangkan penggunaan alcohol wipe selang beberapa hari. “Beli sekotak yang dibungkus secara individu dan simpan beberapa wipes dalam dompet atau kereta kamu.”

 

4. Bantal memerangkap banyak hama dan sel kulit mati sepanjang tahun.

Malah, bantal 10 paun akan jadi dua kali ganda lebih berat dalam masa tiga tahun disebabkan pengumpulan benda-benda ini. Satu cara untuk elakkannya adalah dengan mencucinya di dalam mesin basuh sekerap boleh. Jika bantal tidak kembali ke bentuk asal selepas dilipat dua, buang sajalah!

14048342 - bedroom with comfortable bed

 

5. Malangnya, katil kamu juga ‘mengumpul’ timbunan hama.

Menurut Dreams (pakar tilam United Kingdom), tilam yang berusia lapan tahun mengandungi lebih 10 paun sel kulit mati. Untuk bersihkan tilam, Forte menyarankan kamu guna upholstery tool pada vacuum cleaner untuk pembersihan tilam secara menyeluruh di bahagian atas, tepi dan sudut yang sukar dicapai.

 

6. Baju tidur kamu mungkin menyimpan bakteria menjijikkan.

Kajian oleh syarikat tilam Ergoflex mendapati kebanyakan wanita memakai pijama sama 17 malam berturut-turut. Memandangkan sel kulit mati terhasil dalam jumlah yang banyak, ia boleh menjadi pusat untuk mikroorganisma dan bakteria seperti staphylococcus membiak. Untuk elakannya, Forte mencadangkan agar kamu cuci baju tidur selepas tiga hari memakainya.

 

7. Manusia menghasilkan 26 gelen peluh di tempat tidur setiap tahun.

Bilik dengan kelembapan tinggi adalah tempat ideal untuk kulat, tapi tidak ideal untuk manusia kerana ia menghasilkan bau tidak enak. Untuk atasinya, sembur tilam dengan penyembur wangian yang mampu membasmi bakteria dan bau tidak menyenangkan.

 

8. Kosmetik lama mengandungi bakteria yang tidak selamat.

Pakar saintis dari London Metropolitan University, United Kingdom menguji produk yang sudah melebihi tarikh luput dan mendapati kewujudan bakteria berbahaya dalam empat daripada lima produk – satu lagi alasan untuk kamu buang terus alat solek sejurus tamat tempoh.

52913158 - make up with cosmetics and brushes on wooden table

 

9. Virus boleh hidup di sesuatu permukaan selama 48 jam.

Bermakna jika ada ahli keluargamu jatuh sakit, kamu juga boleh dijangkiti walaupun selepas dua hari mereka meninggalkan bilik tidur kamu. Untuk tanganinya, gunakan surface-disinfecting spray yang banyak dijual di pasaran.

 

10. Tidur bersama binatang peliharaan boleh buat kamu jatuh sakit – atau dijangkiti parasit.

Menurut Dr Jane Heller, pakar kesihatan veterinary dari Charles Sturt University, Australia, apa jua sentuhan pada binatang peliharaan mempunyai risiko jangkitan. Kamu boleh cuci cadar lebih kerap daripada seminggu sekali, atau tetapkan sempadan untuk kucing kesayanganmu itu.

 

Foto: 123rf.com/Artikel asal: Lauren Smith

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor