Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

10 Fakta Mengenai Lelaki

Pernah tak tertanya bagaimana dia boleh nampak skirt yang terbelah tapi tak perasan kamu dah potong rambut lapan inci? Atau kenapa dia percaya bulat-bulat bila kamu kata “Tak ada apa, I okey”. Pakar dan jejaka sendiri tolong berikan jawapan sebenar dan ringkas berserta fakta mengenai lelaki.

 

51756978_m

 

1. Bila wanita kata “Tidak mengapa, semua okey”, lelaki betul-betul percayakah?

Mungkin tidak. Kajian menunjukkan lelaki kurang sensitif membaca emosi wanita, tetapi ayat kamu ini ibarat red flag.

 

2. Bagaimana nak buat kekasih dan rakan lelaki saya berkawan rapat?

Ajak mereka tonton bola, pastikan mereka sokong pasukan yang sama.

 

3. Apakah cara terbaik untuk ceriakan si dia yang sedang murung?

Dia mungkin tak mahu diceriakan. Tanya dulu apa yang sedang berlaku, kemudian lupakannya jika dia tak mahu bercerita.

 

4. Selepas janji temu pertama, apa yang lelaki akan ceritakan pada kawannya ya?

Jika perhubungan itu tidak bermakna, kesemuanya akan diceritakan. Jika dia berminat untuk perhubungan lebih bermakna – dia akan diamkan saja.

 

5. Adakah ini bermakna selepas dan lama dalam perhubungan, barulah si dia akan buka cerita kepada kawannya?

Paling kuat pun, si dia akan bercerita sedikit saja. Lebih dari itu akan membuatkan kawannya berminat pula dengan kamu.

 

6. Buah hati saya tidak gemar bermanja. Perlukah saya risau?

Ini normal, kecuali jika kamu minta dan dia buat bodoh saja. Ini tandanya dia tidak mementingkan kamu.

 

7. Kenapa susah sangat lelaki nak ingat tarikh hari jadi atau ulang tahun?

Sebab lelaki rasa wanita terlalu obsess dengan tarikh tersebut, jadi dia tak perlu susah payah nak ingatkan dirinya.

 

8. Apa petanda yang boleh buat wanita nampak high-maintainance di mata lelaki?

Bila kamu kenakan alat solek di depannya dan selalu belek wajah di cermin.

 

9. Petanda burukkah jika lelaki enggan membayar sewaktu janji temu pertama?

Tidak semestinya – ada jejaka yang menghargai wanita turut berkongsi bil.

 

10. Cara terbaik mohon maaf pada lelaki?

Renung dalam matanya dan ucapkan kemaafan – biasanya ini dah cukup.

 

Foto: 123rf.com

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor