Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

10 Ciri Jejaka Rebutan

Mak kata tak baik jadi perampas dan kumbang bukan seekor. Cosmo setuju! Tapi kalau jejaka itu mempunyai ciri idaman setiap wanita, tak salah untuk kamu pikat jejaka rebutan itu.

7329018_l

 

1. Setiap kali melintasi si dia, bau wangiannya melekat sehingga kamu pulang ke rumah. Wangian apa agaknya yang membuatkan kamu tergoda ya?

2. Bila kamu perkenalkan si dia kepada teman perempuanmu, mereka tak tahu nak ‘cekik’ siapa; Diri mereka atau kamu!

3. Kamu dapat tahu bahawa dia adalah bekas kekasih kepada seorang selebriti atau supermodel terkenal.

4. Pertama kali kamu menyuruhnya membuka penutup botol yang sangat ketat, tenaga tangannya menyebabkan botol kaca itu pecah. Gagahnya!

5. Kamu terkejut dan bertanya, “Itu you ke?” ketika ternampak wajah model pada papan iklan tepi lebuh raya yang mirip wajahnya.

6. Percutian kalian terpaksa ditangguhkan kerana kereta mewah yang dibeli si dia bakal tiba pada tarikh sama.

7. Gambar si dia yang terpampang di ruang kerjamu menjadi masalah kepada lady boss kamu yang juga seorang ‘andartu’.

8. Si dia kelihatan stress selagi tak dapat memenuhi segala kehendakmu.

9. Kamu terdengar bisikan jurujual di sebuah butik, “Harap-harap itu abangnya!” semasa kalian sedang membelek pakaian. Ketika mahu membayar di kaunter, juruwang menghulurkan borang keahlian untuk diisi si dia. Nak ambil nombor telefonlah tu!

10. Selepas lepak bersama kawannya, barulah kamu tahu si dia yang kini seorang jurutera rupanya dulu seorang model pakaian renang. Wow!

 

Foto: 123rf.com

 

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert