10 Cara Terkini Cari Kerja Baru
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
resume

10 Cara Terkini Cari Kerja Baru

Tak kira di mana kedudukan kamu dalam pekerjaan, tip yang Cosmo kongsikan ini mampu berikan kamu permulaan hebat dalam dunia persaingan bila mencari kerja baru.

 

resume

 

Pertama Sekali, TINGKATKAN USAHAMU

Kenali Diri

Setiap orang yang mencari kerja perlu ada satu ‘elevator pitch’, 30 saat tentang kemahiran kamu yang paling relevan. Contohnya “Saya Munira, bekerja di jabatan sumber manusia di syarikat strategi dan penyelidikan teknologi…” Ideanya adalah untuk perkenalkan diri dengan cepat sambil beritahu jenis kerja yang kamu cari.

Clear Your Cache

Tahukah kamu, 75 peratus majikan berkata proses mengambil pekerja mereka termasuk menyelidik calon secara online? Jadi awas dengan gambar atau post kamu di media sosial. Baik padam saja mana-mana yang boleh dipersoalkan nanti, walaupun rambut kamu nampak sangat cantik dalam gambar itu. Wujudkan profil LinkedIn, minta bekas majikan serta profesor berikan testimoni, dan sertai kumpulan industri di laman web.

Jangan Hanya ‘Google’

Kamu boleh cari pekerjaan yang tak ditawarkan secara online dengan mengenal pasti rangkaian luar – kawan dan teman sekerja ahli keluargamu – yang kamu tahu ada kaitan dengan kerjaya idamanmu. Senaraikan mereka yang kamu nak berhubung, dan lihat jika ada sesiapa dalam rangkaian kamu yang mengenali mereka. Usah gentar cuba sesuatu yang berani untuk raih perhatian di Twitter atau LinkedIn.

 

Kemudian, WUJUDKAN HUBUNGAN

Gunakan Ayat Paling Power

Ramai majikan menggunakan perisian istimewa untuk membantu mencari calon. Jadi kamu kenalah peka dengan tawaran kerja yang dicari secara online dan gunakan kata kunci dalam rèsumè, seperti skill teknikal (PowerPoint), soft skill (teamwork), dan ijazah (BA, CPA). Penggunaan kata kekunci yang betul akan mengoptimumkan peluang untuk majikan mencari kamu. Buat beberapa versi rèsumè agar bersesuaian dengan kerjaya atau majikan tertentu. Dan semak semula setiap versi kerana rezeki kamu bergantung kepadanya… Manalah tahu.

Pergi Memohon!

Kajian menunjukkan jika seorang wanita menepati 60 peratus daripada ciri yang dicari majikan, dia akan rasa dirinya tak layak. Sebaliknya jika seorang lelaki memenuhi peratus sama, dia akan terus memohon kerja tersebut. Jika kamu lihat satu senarai yang menarik perhatianmu, go for it walaupun kamu kekurangan beberapa kepakaran. Ia bukannya menipu, tetapi persaingan.

Jadikan Setiap E-mel Istimewa

Jangan mulakan ayat dengan ‘Kepada yang berkenaan’ pada e-mel atau surat pengenalan. Sebaliknya, kenal pasti nama contact kamu itu. Cari titik persamaan dengan orang yang bakal menerima e-mel – sama ada kamu dirujuk oleh seseorang dalam syarikat atau kamu sekampung dengan pembaca itu, sebutkannya. Kemudian ceritakan kisah peribadi tentang pengalaman kerja kamu selama ini, aktiviti sukarelawan yang kamu pernah sertai, atau minat luar yang menjelaskan kenapa kamu paling sesuai untuk jawatan itu.

 

Akhir Sekali, BRING IT HOME

Lakukan Kajian

Bila dipanggil temu duga, senaraikan apa yang kamu suka tentang pekerjaan dan syarikat itu. Selidik tentang syarikat dan trend industri terkini, dan bersedialah dengan soalan dan idea. Cakap dengan perlahan supaya nampak lebih yakin.

Ubah Set Minda

Ramai graduan buat silap dengan hanya perkatakan tentang apa diingini, bukan apa yang mereka boleh tawarkan. Sepanjang temu duga, fokus pada keperluan organisasi lebih daripada dirimu. Juga, bila bercerita pencapaian diri, gunakan bahasa biasa: “Kami diberi RM50,000 dan peranan saya dalam pasukan adalah menulis kertas cadangan.”

Follow Up

Selepas temu duga, tulis balik apa yang berlaku. Siapa kamu jumpa? Apa kalian bincang? Gunakan nota kamu, hantar e-mel terima kasih dalam tempoh 24 jam kepada mereka yang kamu temui. Ulang semula kenapa kamu minat dengan jawatan itu. Bonus jika kamu beri rujukan yang akan menyambung topik perbincangan dari. Jika kamu tak dengar khabar daripada mereka (dan biasanya berlaku juga), tunggu seminggu dan e-mel sekali lagi.

 

Dan Jika Kali Pertama Kamu Gagal…

Kekal positif! Seorang pembaca Cosmo, Suriati, 25, berkongsi yang sebelum ini dia memiliki rèsumè mantap dan tak buat kerja lain selain mencari kerja, tetapi satu pun tak ‘sangkut’. Dia tertanya jika majikan sedar akan rasa takut dan gusarnya. Hanya selepas dia mula buat kerja sukarela, dia ada sesuatu untuk rasa gembira. Tiga minggu kemudian, dia mendapat kerja. Pengajarannya? Terus membina dirimu – ia akan membantu kamu jadi lebih optimistik dan membina kekuatan diri sebagai calon.

 

Foto: 123rf.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor