Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
sweet boyfriend

10 Cara Terbaik Untuk Hargai Teman Lelaki

Kamu mungkin tidak perasan dengan beberapa tingkah laku kamu yang membuat si dia terasa seperti tidak berguna sebagai teman lelaki. Cosmo berikan tip yang akan membuatkan egonya sebagai lelaki berkurangan malah si dia berasa lebih dihargai. Jangan tak tahu, lelaki juga ada yang sensitif tau!

sweet boyfriend

1. Biarkan jejaka kacak itu perasan bila kamu sedang memandangnya. Kemudian, senyum sambil alihkan pandangan kamu daripadanya.

2. Ketika makan malam di restoran, biarkan si dia memesan makanan untukmu. Pasti dia rasa bangga kerana tahu makanan kegemaranmu (walaupun tak betul pun!).

3. Ceritakan kepada rakan sepejabat tentang perkara paling hebat teman lelaki pernah lakukan untukmu, contohnya sentiasa beri dorongan. Selepas ini, rakan kamu mungkin akan lebih mengaguminya.

4. Sering ucapkan terima kasih bila suami membantu kamu. Selepas sesi intim pun tak salah ucapkannya, barulah hubungan kalian lebih erat.

5. Jika si dia bertanya “Kenapa ni?”, elak menjawab, “Nothing”. Lelaki biasanya bijak menyelesaikan masalah, mungkin juga dia boleh hiburkan hatimu.

6. Mungkin agak sukar, tapi cuba elak menegur cara pemanduan suami atau teman lelakimu kerana kelelakian mereka mudah tercabar!

7. Ketika keluar membeli barangan dapur, minta suami bawakan beg plastik yang tidaklah seberat mana pun sebenarnya. Buat dia rasa dirinya penting dan yang paling utama, kuat!

8. Sentuhan manja di dada mahupun lengan sambil berkata ‘wah’ pastinya buatkan suami terasa hebat di matamu.

9. Ketika suami bersiap-siap ke pejabat, tunjukkan yang kamu hargai asetnya. Katakan baju yang dipakainya buat dia nampak gagah, kacak dan maskulin.

10. Minta si dia memandu bila kalian keluar. Dari situ dia akan tahu dirinya penting dalam hidupmu.

 

Foto: 123rf.com

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness