Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

10 Cara Tampil Sensational

Inilah masanya untuk kamu tampil sensational dan buatkan orang sekeliling gembira dengan kehadiranmu.

1. Bergaya dengan cara tersendiri. Abaikan trend semasa yang belum tentu lagi sesuai buat dirimu. Lebih penting ia selesa dan sesuai dipadankan dengan personaliti kamu!

2. Cuba jadi seorang yang kelakar supaya dirimu mudah didekati. Kalau muka serius memanjang, memanglah orang takut dengan kamu.

3. Luahkan perkara yang bermain di minda kamu. Orang sekeliling akan menganggap kamu seorang yang berani. Very inspiring!

4. Bantu orang yang memerlukan pertolongan. Tak kisahlah pertolongan itu besar atau biasa-biasa saja. Pasti hati rasa puas bila pertolongan kamu dihargai.

5. Walaupun bukan meraikan hari istimewa, hantar kiriman bunga pada kekasihmu. Dia akan rasa diri dihargai, malah dia juga akan lebih sayang dan hargai dirimu.

6. Berdandan cantik sudah jadi perkara biasa kamu setiap hari. Cuba pakai gincu rona shocking pink untuk tampil lebih fabulous!

7. Ingatkan tentang tarikh penting orang di sekelilingmu seperti hari temu duga teman, temujanji bertemu doktor kakak atau ulang tahun perkahwinan ibu bapa teman lelaki kamu.

8. Ajak teman sekerja baru keluar makan tengahari bersama. Atau lebih menarik kalau kamu jemputnya keluar minum bersama selepas waktu kerja.

9. Mulakan perbualan dengan orang yang tak dikenali dengan memuji pakaian atau tas tangan dimilikinya. Cubalah, dia pasti akan rasa hebat sama seperti dirimu!

10. Mulakan tradisi untuk berkumpul bersama teman-teman seperti makan malam bersama. Ambil tanggungjawab untuk ingatkan teman-teman dan berikan cadangan tempat-tempat menarik.

 

Foto: Nick Onken

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor