Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
couple, love

10 Cara Seksi Hangatkan Cinta

Sama ada kamu melirik manja kepada si dia kala membeli-belah atau sekadar bergurau senda di rumah, taktik mudah ini sebenarnya mampu hangatkan cinta dan mengeratkan lagi hubungan kalian.

couple, love

 

1. Pergi pusat membeli-belah, beli pakaian untuk masing-masing dan pakainya ketika kalian keluar berjanji temu malam itu.

 

2. Cetak gambar wajah kalian pada mug dan hadiahkannya kepada si dia untuk digunakan di rumah mahupun di tempat kerja.

 

3. Selitkan nota nakal dan seksi dalam dompet atau beg kerjanya. Cara paling mudah untuk hangatkan cinta!

 

4. Eja perkataan ‘I love you’ dengan pelekat di dashboard keretanya.

 

5. Hantar pesanan teks menggoda kepadanya ketika kalian sedang berada di parti yang sama. Tak salah kalau kalian main mata sesama sendiri jika duduk berjauhan.

 

6. Raikan masa bersama setiap Ahad dengan menonton filem terbaru di pawagam atau pergi menjamu selera di restoran kegemaran kalian, tak perlu ke tempat makan mewah pun.

 

7. Ajak si dia karaoke lagu rancak dan tarik tubuhnya untuk menari bersamamu.

 

8. Beli busana yang si dia teringin lihat kamu pakai, kemudian sarungkannya di hari istimewa seperti ketika berjumpa keluarganya atau di hari jadinya. Pasti dia terkejut gembira.

 

9. Lukis peta menuju ke rumah kamu di atas kertas, kemudian tandakan beberapa tempat atau lokasi yang ingin kalian pergi bersama, contohnya shopping mall, kedai bunga, restoran atau sebagainya.

 

10. Ajak si dia dapatkan rawatan di spa pada hujung minggu untuk relakskan tubuh kalian yang letih dan lesu kerana bekerja sepanjang minggu.

 

Foto: 123rf.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor