10 Cara Sayangi Diri - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

10 Cara Sayangi Diri

Jangan asyik dahulukan kepentingan orang lain hingga diri terabai. Cuba cara ini untuk buktikan yang kamu sayangi diri sendiri.

 

30179749 - i love me writing on yellow note pinned on cork board background

 

1. Sediakan sarapan. “Outer order brings inner calm,” kata Gretchen Rubin, penulis Happier at Home. Melakukan sendiri hal-hal kecil seperti menyediakan sarapan dan mengemas katil akan jadikan dirimu matang dalam membuat keputusan.

 

2. Tingkatkan pengambilan Omega-3 kerana ia mampu kurangkan tekanan. Mulai hari ini, makan salmon atau tenggiri dua kali seminggu.

 

3. Ubah cara berjalan. Wanita yakin akan berjalan dengan postur badan menegak dan lengan berayun (tapi bukan ‘berlenggang-kangkung’ ya!). Secara tak langsung, ini akan buat kamu kelihatan seperti wanita sempurna.

 

4. Bangun awal pagi. Sebaik saja jam loceng berbunyi, tarik nafas dalam-dalam dan bangun dari katil. Mahu rasa lebih segar? Selak langsir dan nikmati cahaya matahari pagi.

 

5. Buat perubahan. Mereka yang suka memberi lebih bahagia berbanding mereka yang kedekut dalam segala hal. Ini menunjukkan mereka melihat hidup dari segi positif.

 

6. Tenangkan harimu. Tapi ini bukan bermakna kamu perlu ke spa saja. Cuba memerap di atas katil Ahad ini dan jangan lupa on pendingin hawa bilik. Tarik selimut mengikut keselesaan dan tonton filem kegemaran kamu. Great weekend!

 

7. Cuba sertai kelas yoga. Kehidupan harian kita mudah dipengaruhi oleh otak yang sensitif kerana suhu panas. Kombinasi suhu panas dan postur yoga mampu seimbangkan hormon oksitosin yang membolehkan kamu lena sepanjang malam.

 

 8. Selesakan diri. Memakai busana dan kasut yang selesa mampu menceriakan harimu. Apa gunanya berpakaian bak fesyenista tapi langsung tak selesa? Mood yang gembira pun boleh jadi tidak baik.

 

9. Positifkan diri. “Kata-kata punyai kekuatan untuk jatuhkan kita, sehingga kita menjadi apa yang kita ucapkan,” ungkap Lea Vendrami, jurulatih kehidupan. Lebih baik kamu muat naik kata-kata positif yang berikan kamu semangat. Dalam masa sama, unfollow mereka yang sering berikan aura negatif padamu.

 

10. Bersyukur. Fikirkan perkara yang pernah berlaku dalam hidupmu. Bandingkan dengan kehidupan orang lain yang tidak memiliki apa kamu ada. Dengan itu, kamu akan lebih hargai kehidupan. Ini yang boleh kamu buat untuk sayangi diri sendiri.

 

Foto: 123rf.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor