Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
nafsu

10 Cara Saintifik Untuk Semarakkan Nafsu

Cinta saja tak memadai untuk pastikan kamu peroleh sesi asmara yang penuh kenikmatan. Ketahui cara saintifik untuk pastikan kamu dan suami rasa gembira bila ‘bersama’.

nafsu

Sesetengah makanan mengandungi nutrien atau bahan kimia yang boleh meningkatkan nafsu, sekali gus membolehkan kamu beri persembahan cinta yang lebih hebat buat pasangan. Jom ketahui makanan ajaib yang boleh kamu ambil setiap hari, kamu pasti boleh rasakan manfaatnya!

1. Pisang

Antara sebab ia mampu perhebatkan sesi asmara? Ia membekalkan zat potassium, nutrien penting untuk menguatkan otot. Jadi bila kamu hampir sampai ke kemuncak, pengecutan otot waktu itu akan rasa lebih hebat dan kencang.

2. Coklat

Koko yang terkandung dalam coklat mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai phenylethylamine, perangsang yang mampu bamgkitkan keseronokan dan perasaan ‘tubuh saya hebat!’. Lantas kamu akan rasa lebih gembira bila diajak suami untuk sesi bermanja.

3. Tiram

Ia kaya dengan zink dan mineral yang mampu memperbanyakkan pengeluaran testosteron. Hormon inilah yang bertanggungjawab meningkatkan kemampuan seks, jadi pesan tiram sebagai pembuka selera ketika makan di luar ya.

4. Aparagus dan Avokado

Kandungan Vitamin E di dalamnya membantu tubuh menghasilkan testosteron, estrogen dan progesteron yang kemudiannya disalurkan ke dalam salur darah. Hasilnya, ia merangsang tindak balas seksual dan pengeluaran pelincir bagi meningkatkan nikmat seks.

5. Delima

Ia kecil namun miliki kunci keghairahan kerana kandungan antioksidannya. Ia melindungi lapisan darah, lantas melancarkan aliran darah ke seluruh tubuh. manfaat yang bakal kamu terima? Peningkatan kadar sensitif di bahagian intim kamu.

6. Cili merah

Capsaicin, sejenis bahan kimia yang boleh didapati dalam lada pedas mampu meningkatkan peredaran darah dalam tubuh seterusnya merangsang hujung saraf. Sebab itulah kamu rasa lebih ghairah setelah menikmatinya dalam hidangan kamu.

7. Walnut

Ia buka saja sedap, malah kaya dengan lemak asid Omega-3. Ini dapat memastikan pengeluaran hormon seks berada pada kemuncaknya. Begitu juga dengan kuaci.

8. Vanila

Selepas makan malam, manjakan diri dengan sesenduk aiskrim vanila. Ia mampu merangsang saraf dan membuatkan tubuh jadi lebih sensasi.

9. Tembikai

Ia mengandungi phytonutrient citrulline yang meningkatkan jumlah nitrik oksida dalam badan. Peningkatan tinggi ini menyebabkan saluran darah menjadi lebih relaks. Pasti kamu tak perlukan masa yang lama untuk terangsang selepas ini…

10. Telur dan Santan

Ia kaya dengan asid amino yang dikenali sebagai arginine yang bila dipadankan dengan makanan tambahan mampu meningkatkan keinginan seksual, mengurangkan ‘kekeringan’. menambah tempoh kemuncak dan memperbaiki sensasi pada bahagian intim ketika beraksi. Selain telur dan santan, kamu juga boleh cuba kejung dan daging.

 

Foto: INGimage

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor