Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

10 Cara Mudah Sebarkan Cinta

35863231_l

Sebarkan cinta cara Cosmo? Lepaskan belon ke udara!

1. Curi sedikit masa daripada jadual kamu yang busy untuk menulis sendiri surat cinta buat jejaka idaman. Oh ya, nota ringkas pada post-it tidak dikira ya!
2. Dengar luahan hati sahabatmu dengan penuh perhatian. Jangan sibuk dengan telefon bimbit kamu saja. Mungkin ini dapat melegakan perasaannya.
3. Jika kamu rasa BFF kamu nampak hot, beritahunya. Jangan lupa beritahu orang lain juga.
4. Puji gaya rambut baru ibumu. Walaupun kamu rasa tak berapa sesuai dengan usianya.
5. Tanamkan niat untuk berbuat baik setiap hari. Hulurkan derma pada pengemis, bantu orang buta melintas jalan, beri tip lebih pada barista atau pemandu teksi… Tak susah pun, kan?
6. Tekan ‘like’ pada gambar yang baru dimuat naik oleh temanmu di FB atau Instagram. Notifikasi yang diterimanya akan buat dia rasa cukup gembira.
7. Beri peluang kedua pada orang yang pernah melukakan hatimu. Mungkin dia sudah berubah. Bak pepatah, ‘buang yang keruh, ambil yang jernih’.
8. Peluk suami setiap pagi sebelum kalian ke tempat kerja. Barulah ‘berbunga-bunga’ hatinya sepanjang hari. Masalah yang datang di tempat kerja pun boleh diselesaikan dengan mudah tanpa tekanan.
9. Beri kejutan pada suami kamu dengan menyediakan makan malam ala hotel lima bintang, walaupun kalian tidak menyambut sebarang hari istimewa.
10. Mulakan satu kempen media sosial yang viral untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik. Cuba lakukan aktiviti pay it forward dan kamu pasti jadi inspirasi pada yang lain.

NICK ONKEN/123RF.COM

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor