Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

10 Cara Mudah Sebarkan Cinta

Hati kamu berbunga-bunga? Tapi adakah orang sekeliling juga gembira sepertimu? Cuba cara mudah ini untuk sebarkan cinta ke pelusuk dunia!

 

love

 

 

1. Curi sedikit masa daripada jadual kamu yang busy untuk menulis sendiri surat cinta buat jejaka idaman. Oh ya, nota ringkas pada post-it tidak dikira ya!

 

2. Puji gaya rambut baru ibumu. Walaupun kamu rasa tak berapa sesuai dengan usianya.

 

3. Beri peluang kedua pada orang yang pernah melukakan hatimu. Mungkin dia sudah berubah. Bak pepatah, ‘buang yang keruh, ambil yang jernih’.

 

4. Tekan ‘like’ pada gambar yang baru dimuat naik oleh temanmu di FB atau Instagram. Notifikasi yang diterimanya akan buat dia rasa cukup gembira.

 

5. Jika kamu rasa BFF kamu nampak hot, beritahunya. Jangan lupa beritahu orang lain juga.

 

6. Dengar luahan hati sahabatmu dengan penuh perhatian. Jangan sibuk dengan telefon bimbit kamu saja. Mungkin ini dapat melegakan perasaannya.

 

7. Mulakan satu kempen media sosial yang viral untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik. Cuba lakukan aktiviti pay it forward dan kamu pasti jadi inspirasi pada yang lain.

 

8. Tanamkan niat untuk berbuat baik setiap hari. Hulurkan derma pada pengemis, bantu orang buta melintas jalan, beri tip lebih pada barista atau pemandu teksi… Tak susah pun, kan?

 

9. Peluk suami setiap pagi sebelum kalian ke tempat kerja. Barulah ‘berbunga-bunga’ hatinya sepanjang hari. Masalah yang datang di tempat kerja pun boleh diselesaikan dengan mudah tanpa tekanan.

 

10. Beri kejutan pada suami kamu dengan menyediakan makan malam ala hotel lima bintang, walaupun kalian tidak menyambut sebarang hari istimewa.

 

Foto: 123rf.com

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor