Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

10 Cara Lepaskan Diri Daripada Situasi Menakutkan

6 of 6Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

5 LAGI PELAN SELAMATKAN DIRI…

  • KAMU DIEKORI. Jerit “Jangan kacau saya!” Lari ke rumah terdekat. Hentikan kereta yang lalu. Lakukan apa saja untuk tarik perhatian.
  • LELAKI BERSENJATA JADIKAN KAMU DAN ORANG LAIN SEBAGAI TEBUSAN. Diam dan turuti arahan. Jauhkan diri daripadanya sebaik mungkin dan jangan nak buat lawak pula.
  • ADA PEMANDU JENIS ROAD BULLY DEKAT KERETAMU. Jangan pandang ke arahnya. Dia akan sangka kamu mencabarnya. Jauhkan kenderaanmu dengan menukar lorong atau perlahankan kereta kamu supaya dia boleh pergi dulu.
  • SEORANG LELAKI PAKSA KAMU MASUK KERETANYA. Jangan masuk. Longlaikan diri dengan tangan memeluk tubuh atau pegang sesuatu yang berat agar dia tak dapat mengangkat kamu masuk. Dan jerit sekuat hati.
  • ANJING GANAS MENGHAMPIRI KAMU. Jangan lari – ia akan sangka kamu mangsanya. Berjalan perlahan-lahan dengan badan menghadapnya, memberi signal yang kamu bukan nak menyerang balas.

 

Foto: Shutterstock.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor