Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

10 Cara Lepaskan Diri Daripada Situasi Menakutkan

5 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

SITUASI 5: Kawan mabuk pengsan di rumah kamu

Ini buat kamu yang bukan beragama Islam. Sama ada dia kejap sedar kejap tak sedar atau langsung tak bergerak, kamu silap besar jika biarkannya tidur untuk hilangkan rasa peningnya. Ini sebabnya: Sementara sistem tubuhnya ‘mencerna’ arak, kadar alkohol dalam badan mungkin terus mencanak, mungkin ke paras berbahaya, tanpa sebarang petanda jelas.

Disebabkan nyawanya mungkin terancam, kamu kena dapatkan bantuan. Periksa petanda penting. Jika dia tak bernafas tenang, tapi tercungap-cungap, atau kamu tak dapat kesan nadi jantung, lakukan CPR. Jika pernafasan dan nadi jantungnya normal, longgarkan pakaiannya, kemudian pusing tubuhnya ke kiri supaya bila dia muntah, tidaklah tersedak.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor