Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

10 Cara Lepaskan Diri Daripada Situasi Menakutkan

4 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

SITUASI 4: Kamu tolak pelawaan seorang lelaki dan dia mula jadi agresif

Lelaki yang tak boleh terima ‘tidak’ sebagai jawapan mempunyai masalah mengawal yang serius dan ia boleh mengancam keselamatan kamu, terutama jika dia dalam keadaan mabuk.

Ada tiga petanda untuk tahu sama ada lelaki itu berpotensi untuk mengganas: Selepas kamu dah terang-terang cakap tak berminat, dia terus nak pancing perhatian; dia mula berubah perangai – sebagai contoh, menghentak gelas minuman atas meja, atau dia hilang seketika kemudian muncul semula dekat kawasan kamu dan dari jauh memerhatikan kamu. Jika kamu perasan petanda ini, jauhkan dirimu sebaik mungkin tanpa dia sedari. Hampiri bahagian restoran yang lebih ramai orang. Dia takkan cuba lakukan apa-apa jika ada ramai orang di keliling kamu. Jika dia masih cuba mendekati kamu, beritahu seseorang agar mereka boleh memintanya meninggalkan majlis seperti tuan rumah, pegawai keselamatan atau polis. Bila dia dah tiada, keep your guard up. Dia mungkin masih menunggu di luar atau around the corner menunggu masa untuk menyerang kamu.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor