Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

10 Cara Lepaskan Diri Daripada Situasi Menakutkan

3 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

SITUASI 3: Hotel kamu menginap terbakar

Sebaik saja loceng penggera berbunyi, sentuh belakang tangan pada pintu bilik. Jika pintu itu sejuk, buka dan periksa laluan di luar. Jika ia bebas daripada asap, merangkak ke tangga kecemasan terdekat. Walaupun kamu boleh meloloskan diri lebih cepat jika berlari, gas daripada bahan terbakar mungkin sedang mencemari udara dan ia akan memudaratkan kamu dengan mudah. Udara paling selamat adalah yang dekat dengan lantai.

Katakanlah pintu yang kamu sentuh itu panas dan/atau kamu nampak asap di ruang laluan luar, duduk dalam bilik dengan pintu bertutup tapi jangan kunci, kerana bomba lebih mudah nak masuk. Hubungi talian kecemasan, biar operator tahu nama hotel dan lokasinya, juga nombor bilik kamu dan terangkan apa yang kamu nampak, hidu dan dengar. Sementara menunggu bantuan, tutup pendingin hawa dan sumbat tuala basah pada lubang bawah pintu juga pada lubang udara. Siram air sejuk pada pintu, dinding dan mana-mana permukaan yang rasa panas. Basahkan tuala kecil dan keep it handy, bersiap sedia untuk letak pada hidung dan mulut jika asap mula masuk ke dalam bilik untuk elak asap memasuki ke paru-paru.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor