Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

10 Cara Lepaskan Diri Daripada Situasi Menakutkan

2 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

SITUASI 2: Kamu masuk rumah dan terserempak dengan penceroboh

Tak seperti penjenayah ganas, penceroboh biasanya menyasarkan rumah kosong untuk memudahkan mereka mencuri tanpa sebarang konfrontasi – biasanya itulah perkara terakhir yang mereka mahukan. Namun, jangan pandang sambil lewa. Sesetengah daripada penjenayah ini tak teragak-agak untuk cederakan kamu sebab nak selamatkan diri dan tak mahu masuk penjara. Adalah penting untuk kamu keluar sebelum bertentang mata atau sehingga dia sedar yang kamu dah boleh mengecamnya.

Sebaik saja kamu rasa sesuatu tak kena – kamu nampak pintu terbuka atau terdengar bunyi bising – keluar dengan cepat. Kemudian tinggalkan kawasan perumahan kamu dengan segera. Sesetengah penceroboh ada rakan dan kamu tak nak dia pula yang perasan kehadiranmu. Terus ke rumah jiran atau kawasan yang lebih ramai orang, kemudian hubungi polis untuk melaporkan kejadian. Katakanlah kamu face-to-face dengan penceroboh itu, kamu tetap kena larikan diri sebelum dia berpeluang untuk mencederakan kamu. Jika dia dah di depan kamu, cari detik di mana dia agak unguarded (seperti dia pandang keluar tingkap atau memeriksa telefonnya) untuk lepaskan diri.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor