Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

10 Cara Lepaskan Diri Daripada Situasi Menakutkan

Prev1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Ketahui langkah betul untuk selamatkan diri bila terperangkap dalam situasi menakutkan dan tidak diingini. 

SITUASI 1: Tiba-tiba orang ramai menolak kamu ke depan

Kamu sedang berseronok dan berada di tengah-tengah ribuan penonton yang menghadiri konsert, persembahan atau acara sukan. Kemudian, tanpa diduga, orang ramai mula menolak ke depan. Tubuh mereka kena pada tubuh kamu, mulalah rasa susah nak bernafas dan kamu tak nampak pula jalan keluar.

Strategi terbaik adalah bergerak perlahan-lahan ke tepi sehingga kamu tiba ke kawasan yang sedikit lapang – di situ lebih selamat. Tuju ke arah papan tanda ‘Keluar’ atau dekat dengan pintu. Biarpun dalam bilik di mana semua orang berdiri, kamu akan jumpa sedikit ruang berhampiran dengan pintu keluar. Jika kamu dalam situasi ini, amat penting untuk kekal berdiri, jadi lindungi dirimu daripada jatuh atau ditolak dengan melakukan posisi ala boxer, dengan kedua-dua tangan ke depan dan kaki dikangkang mengikut paras bahu, ia akan membantu kamu mengekalkan keseimbangan badan. Gunakan tangan untuk lindungi dada, terus bernafas dan menolak sesiapa yang cuba menjatuhkan kamu. Mereka yang terperangkap dalam rempuhan orang ramai biasanya tak mati kerana dipijak tapi sebab lemas kerana tekanan pada dada membuatkan mereka sukar bernafas.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor