Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

10 Cara Lelaki Mahu Diajak Keluar

Bagaimana caranya lelaki mahu diajak keluar oleh wanita? Nombor empat mungkin berhasil untuk kamu!

40441523 - happy couple or friends flirting talking and drinking in a restaurant terrace

The truth is, janganlah overthink. Jejaka tidak selalunya diajak keluar seperti yang selalu kamu lalui, jadi apa saja yang kamu lakukan pasti berhasil. Ia sama seperti permainan T-ball. Semua orang menang, cuma usaha yang lebih pasti mendapat mata lebih. Sama ada si dia sudah lama kamu minati atau si dia yang kamu baru saja ternampak di kedai makan, mengajaknya keluar sebenarnya sangat mudah. Tak percaya? Cubalah!

 

1) Guna pick-up line yang teruk

Selalunya para gadis yang dapat pick-up line, kan? Tapi, si dia tidak pernah. Ini kerana masyarakat sekarang masih menggalakkan jejaka untuk memulakan sesuatu terlebih dahulu dalam apa jua perkara. Jadi mendapat pick-up line adalah sesuatu yang baru buat si dia.  Kamu mungkin boleh gunakan cheesy pick-up line dan ia masih berguna. Trust us! Kamu mempunyai segala kelebihan sekarang.

 

2) Berikan si dia nombor telefon kamu

Okay, selesai. Tunggu saja si dia mulakan langkah.

 

3) Kamu tanya padanya, “Nak keluar tak?

Just straight to the point. Dia mungkin akan jawab “ya” atau “tidak” atau mungkin si dia akan cuba untuk beri kamu peluang. Siapa tahu, kan?

 

4) Dapatkan tiket wayang atau konsert band yang kamu tahu si dia sudah lama mahu pergi dan tanya, “Kamu nak pergi tak?

Ini sangat tricky kerana si dia mungkin tidak sedar yang ia sebenarnya date, jadi terus terang saja padanya dan katakan, “this is a date! Mungkin ini permulaan kepada hubungan kalian?

 

5) Biarkan salah seorang temanmu katakan padanya yang kamu fikir si dia sangat cute

Tahniah! Kamu baru saja menjadi an adorable coward. Cara ini juga pasti berguna walaupun cara ini hanya digunakan oleh budak-budak.

 

6) Sembunyikan nota yang tertulis, “Kamu suka saya tak? (bulatkan) YES, NO, MAYBE.

Ini juga adalah teknik budak sekolah rendah tapi ia sebenarnya kelakar okay. Juga jika kamu tak perasan, kamu boleh lakukan apa saja yang membuatkan kamu malu seperti memukul dada atau kepalanya dengan menjerit “Jom keluar dengan saya!” dan ia akan berhasil. Percayalah! Ia juga akan berhasil jika dia sebenarnya sukakan kamu juga.

 

7) Belikan si dia minuman

Ini juga tanda yang kamu mahu berbual dengannya lebih lama dan mungkin kalian harus berjumpa lagi. Dia pasti dapat mengagak hint kamu itu.

 

8) Hantarkan si dia mesej yang panjang penuh dengan luahan perasaan kamu untuknya

Ia seperti gamble. Tapi sekurang-kurangnya kamu tak perlu mengadap wajahnya sambil berdiri dengan janggal untuk mendengar jawapannya.

 

9) Mula menari dengannya

Pegang tangan si dia dan tariknya ke lantai tari. Selepas beberapa minit kalian menarikan tarian yang seksi, dia pasti akan berasa yakin untuk mula hitting on you. Cuma kamu harus ingat, taktik ini hanya berkesan jika kamu ternampak jejaka yang sangat tampan di dalam kelab bukannya di dalam supermarket.

 

10) Pergi saja kepadanya dan ucap, “Hai!

Hanya ada dua sebab kenapa stranger datang kepada kamu dan mula borak dengan kamu. Sama ada dia mahu mencuri dompet kamu atau dia sangat sukakan kamu. Mulakan perbualan dan meneruskan perbualan sudah cukup untuk si dia tahu yang kamu sukakannya (kecuali jika dia memang blur).

 

Foto: 123rf.com/Artikel asal: Frank Kobola

 

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor