Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

10 Ayat Lelaki Tak Mahu Dengar Daripada Teman Wanita

Ini antara ayat-ayat yang boleh buat si dia panas telinga bila mendengarnya. Cuba elakkan ya!

27576983_m

 

  1. “You nak tambah nasi lagi ke? I rasa ini dah kali kelima you hulur pinggan minta tambah tau!”

 

  1. “Macammana gambar you dan perempuan tu boleh ada dalam laptop ni? Rasanya I bagi you pinjam laptop ni untuk hal kerja saja.”

 

  1. “You rasa, I lebih cantik bermata biru atau coklat? Kalau biru mesti orang ingat I ni kacukan, kan?”

 

  1. “Ada sesuatu yang perlu I katakan mengenai perbualan kita bulan lepas. Betul ke you rasa drama TV yang I suka tu menarik atau you main sebut saja untuk sedapkan hati I?”

 

  1. “I tahu kakak I cantik, tapi jika diberi penilaian satu hingga 10, I ke dia akan dapat markah paling tinggi? Mestilah I, kan?”

 

  1. “Ingat tak I pernah beritahu nak ubah suai kereta you? I dah hantar ke bengkel untuk tukar cat merah jambu. Mesti you suka sebab ia lain daripada yang lain. Betul tak, sayang?”

 

  1. “Sejujurnya, you pernah tak bermimpi untuk bersama wanita lain? Kalau pernah, dengan siapa?I kenal dia tak?”

 

  1. “Kawan I baru saja ditinggalkan kekasih dan dia tak berhenti menangis. Boleh tak kita bawa dia bercuti bersama? Dia sangat perlukan sokongan daripada kita sekarang ini.”

 

  1. “You rasa I nampak kurus tak bila pakai baju belang-belang menegak macam ni?”

 

  1. “Jika diberi pilihan antara I dengan kerjaya baru, you pilih mana satu? Tapi kerja boleh dicari di mana-mana, betul tak?”

 

Foto: 123RF.com

 

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor