Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
hot athlete

10 Atlet Lelaki Terhangat Untuk Sukan Olimpik 2016

Sukan Olimpik 2016 telah bermula semalam, 5 Ogos di Rio De Janeiro, Brazil yang menyaksikan acara pembukaan yang meriah. Ia melibatkan lebih 11,000 atlet dalam 28 acara sukan yang dipertandingkan termasuk Rugbi, Acara Renang, Memanah, Bola Keranjang, Acara Trek dan banyak lagi.

Selain daripada sukan yang dipertandingkan, tentu sekali barisan atlet menjadi tumpuan. Cosmo senaraikan 10 atlet lelaki kacak, hangat dan perlu kamu berikan perhatian unutk edisi Olimpik kali ini. Pastinya, acara sukan besar seperti ini akan memperlihatkan ramai atlet lelaki yang menayangkan tubuh sasa mereka di arena pertandingan. Cukup! Jangan terlalu terbuai dengan imaginasi nakal kamu itu.

1. Michael Phelps, Acara Renang

Michael Fred Phelps, 30 adalah atlet dari Amerika Syarikat yang telah menggondol 22 pingat dalam tiga acara sukan Olimpik. Dia yang meraih lapan pingat di Olimpik Beijing 2018 dikenali sebagai raja renang dan menguasai acara renang kupu-kupu dan kuak lentang.

 

2. Usain Bolt, Pelari Pecut

"Be nothing other than yourself" #JustbcuzitsFriday

A post shared by Usain St.Leo Bolt (@usainbolt) on

Raja pecut dunia dari Jamaica ini merupakan manusia terpantas di dunia dan satu-satunya atlet trek yang memegang gelaran tersebut untuk dua acara 100 meter dan 200 meter. Usain memenangi enam medal emasdalam acara pecut dan 11 kali memegang gelaran juara pecut dunia.

 

3. Nathan Adrian, Acara Renang

Berketinggian 193cm, jejaka kacak dari Amerika ini  adalah juara tiga kali acara renang bebas di Olimpik dan memegang rekod kebangsaan untuk acara renang bebas 50 meter. Adrian merupakan jejaka berdarah kacukan Amerika – Hong Kong.

 

4. Conor Dwyer, Acara Renang

9 days till go time in Rio 💥🇺🇸

A post shared by Conor Dwyer (@conorjdwyer) on

Mewarisi bakat ibunya dalam acra renang, Conor telah mengumpul 14 medal dalam acara renang antarabangsa. Bukan saja hebat dalam acara renang, Conor juga merupakan pemain sukan polo air dan pernah memenangi beberapa pertandingan.

 

5. Jake Dalton, Ahli Gimnas

Jake dikategorikan sebagai lelaki rendah dan berketinggian 168cm, namun jangan sesekali meragui kehebatannya dalam acara gimnastik. Walaupun baru saja menyertai Olimpik pada tahun 2012, Jake merupakan harapan Amerika Syarikat untuk acara berpasukan. Go Jake!

 

6. Marcelo Chierigini, Acara Renang

Berusia 25 tahun dan berasal dari Sao Paulo, Brazil, Marcelo belum pernah memenangi pingat emas, but who cares? Wajahnya yang kacak boleh buat kamu lemas!

 

7. Alex Ranghieri, Bola Tampar Pantai

Jejaka dari Itali ini mula bergiat dalam sukan bola tampar sejak 2004 dan menjuarai pelbagai acara dalam sukan di sekitar Itali. Dia sukakan aktiviti lasak seperti mendaki bukit, sukan ekstrem dan menunggang motor lasak.

 

8. Andre De Grasse, Pelari Pecut

Pelari pecut dari Kanada ini memegang rekod terpantas untuk acara 200 meter kebangsaan. Masa terpantas yang pernah direkodkannya ialah 9:92 saat untuk jarak 100 meter di Olimpik Beijing tahun lepas seterusnya memenangi pingat perak.

 

9. Camille Lacourt, Acara Renang

https://www.instagram.com/p/BIdzaqtBoZL/?taken-by=camillelacourt_

Camille yang berasal dari Perancis ini menjuarai kejohanan Eropah dan mengumpul tiga pingat emas. Berketinggian 200 cm, Camille sedang cuba menguasai acara renang di sukan Olimpik kali ini.

 

10. Tony Yoka, Peninju

Ini adalah tahun pertama Tony menyertai Olimpik 2016. Nama gelarannya adalah ‘The Artist’ berikutan seni lukis tatu di badannya. Yoka memenangi pingat emas dalam acara Super Heavyweight di Kejohanan Tinju Remaja Olimpik di Singapura pada tahun 2010. 

 

Foto: Instagram.com/Oleh: @curlyjow

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness